Powered By Blogger

Tuesday, January 30, 2007

Pos Betau, Lipis

Betau... keeps calling...!

Friday

A total of 30 participants gathered at the Guardhouse at 7:30 am before leaving to Pos Betau, Kuala Lipis, 4 hours ride by bus. Upon arrival at Pos Betau, we were welcomed by the Aborigine Department Officer for a briefing on the “Do’s” and Don’ts” in the jungle. We were informed that not many of the natives are Muslim, some are even atheists.

After the briefing, we were ushered to the riverbank to wait for our boats to transfer us to the camping site at Jeram Tema. The journey from Pos Betau to Jeram Tema was about 1hour by boat. The boat ride was surely an exhilarating and unforgettable experience. There were some rifts and some shallow water that we have to pass though. The scenery along the riverside was breathtaking – we could also see the native people performing their daily activities like bathing, washing clothes, fishing.

At Jeram Tema we were welcomed by the villagers. There were chalets and a longhouse facilities, but a few of us prefered to put up our own tents. We cooked our own dinner, using a gas stove ... There were also an electricity support backed up by a generator. Our menu for dinner was pucuk paku (some wild vegetable), some raw salad, sambal belacan/tempoyak, fried fish and salted egg. The funny thing was that, the rice was cooked with too much water – wrong method! The soft rice was also good! Believe it or not, Dennis (our German intern), ate the sambal tempoyak (chilly blend with prawn paste and durian!) with kacang botol !??!

After our Maghrib and Isyak prayers, we gathered for another activity; night jungle tracking. This was the first time the Orang Asli had organized a night jungle tracking. It was quite challenging, both physically and mentally. We were divided into few smaller groups with one Orang Asli as a guide. Thoughout the trip, we were equiped with only a torchlight. It was quite a scary experienced as we had to climb the hill in almost total darkness. Thoughout the trip, we could hear noices and sounds made by the jungle. It was a night to remember especially when we encountered an unexpected guest - a snake, and when we got lost on our way back to the camp.

Saturday

On the second day, Chef Rozita headed the kitchen crew to cook fried meehoon for breakfast. After breakfast, we continued our activities with a “day jungle tracking”. This trip was more challenging compared to the night before as the hill was higher and steeper and we needed to cross a deep river. Along the way, we collected some precious items from nature like Tongkat Ali root (natural herb for men) and Kacip Fatimah plant (natural herb for women). On the way back, we stopped at the foothills to collect some wild vegetable for our lunch. Our second day lunch menu was fried pucuk paku (wild vege), fried fish, salted fish, sardine, raw vege sambal tempoyak, scrambled egg and syrup. After lunch, some of us took the opportunity to dive into the river, while others chose either to play volleyball in the river, fish or just simply sleep.

In the evening, our guides taught us how to make a trap (for rats and squirrels), how to use a blow pipe, how to make a raft and how to cook rice using a bamboo. We even grilled some tapioca using the traditional natural style – the taste was delicious!

After night prayer, it was time for the hi-lite of our camping activity – “SEWANG” (Orang Asli traditional dance and singing). We received explanations about the meaning of Sewang. Orang Asli have many types of sewang depending on the occasion, such as Sewang for fun, for funeral, for wedding etc. After the Sewang, some of us just sat around the campfire to chit chatting until late night.

Sunday

We started our day early as we had to pack our belongings and get ready to return to Janda Baik. All the extra food was donated to our guides. Many photo shots were taken while waiting for our boats. Even though we were sad to leave the camping site, we were very happy as we made many new friends and the comfort of our homes was waiting for us.

Translation to Malay:

Betau… panggilanmu mengimbau...!

Jumaat

Seramai 30 orang peserta berkumpul di Pondok Pengawal pukul 7:30 pagi. Perjalanan dari Janda Baik ke Pos Betau, Kuala Lipis lebih kurang 4 jam dengan menaiki bas. Di bandar Raub, kami berhenti rehat seketika untuk mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan. Setibanya di Pos Betau, kami disambut oleh pegawai Jabatan Orang Asli untuk taklimat mengenai pantang larang yang perlu dipatuhi semasa berada di dalam hutan. Kami diberitahu bahawa penduduk Orang Asli yang terdapat di situ kebanyakkannya bukanlah beragama Islam, malah ramai yang tidak beragama.

Selesai taklimat, kami dibawa ke tepi sungai untuk menaiki bot ke tapak perkhemahan di Jeram Tema. Kami sempat bergambar dan Teo membuat rakaman video kenangan manis di tebing sungai. Perjalanan dari Pos Betau ke Jeram Tema mengambil masa lebih kurang 1 jam. Pengalaman menaiki bot ini pasti tidak dapat kami lupakan. Terdapat banyak jeram yang perlu diharungi dan juga cabaran melalui kawasan sungai yang cetek. Paling menarik ialah pemandangan di sepanjang sungai – kelihatan Orang Asli menjalankan aktiviti harian seperti mandi dan membasuh pakaian di sungai serta menangkap ikan. Anak-anak mereka juga kelihatan seronok dan tidak kekok bermain dengan sungai yang dalam dan berarus deras itu.

Kedatangan kami di kawasan mereka disambut dengan senyuman dan lambaian mesra. Tiba di Jeram Tema kami disambut oleh beberapa orang jurupandu terdiri dari Orang Asli yang akan bersama kami sepanjang ekspedisi ini. Kami terpegun dengan keindahan dan kedamaian alam ciptaan Tuhan yang belum terusik ini. Hilang semua kepenatan meredah sungai di bawah terik mentari tadi bila melihat keindahan alam ini. Terdapat chalet dan rumah panjang di Jeram Tema, namun ada juga di kalangan kami yang memasang khemah sendiri. Petang harinya, kami bergotong-royong menyediakan makan malam. Walaupun di tengah hutan belantara, namun kami memasak dengan dapur gas! Semua peralatan memasak seperti dapur, gas, periuk automatik dan pinggan mangkuk disediakan oleh pihak pengurusan Jeram Tema iaitu Koperasi Orang Asli Pos Betau. Terdapat juga bekalan letrik menggunakan generator. Menu kami malam itu ialah sayur pucuk paku, ulam-ulaman, sambal belacan/tempoyak, ikan goreng dan telur masin. Yang lucunya nasi yang dimasak oleh kami lembik kerana terlebih air – tersalah petua. Nasi lembik pun sedap juga! Percaya tak, Dennis (intern dari Germany), makan nasi dengan sambal tempoyak dan ulam kacang botol?!!?

Selepas solat Maghrib dan Isyak, kami berkumpul untuk aktiviti “Jungle-Tracking” malam. “Jungle –tracking” malam merupakan aktiviti yang pertama kali diadakan oleh Orang Asli di situ. Satu pengalaman yang cukup mencabar fizikal dan minda. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, seorang jurupandu bagi setiap kumpulan. Berbekalkan lampu suluh, perjalanan bermula dengan mendaki bukit. Perasaan takut dan seram mula menyelubungi kami namun didaki juga bukit yang tinggi dan curam itu dengan berhati-hati. Di awal perjalanan suara rakan-rakan bersorak riang kedengaran, namun di pertengahan pendakian hanya kedengaran nafas mengah dan unggas sahaja. Setelah 1 jam mengharungi onak dan duri, akhirnya kami selamat kembali ke chalet. Namun pengalaman terserempak dengan seekor ular dan juru pandu kami tersesat jalan memang tidak dapat dilupakan.

Sabtu

Hari kedua, kami bergotong-royong menyediakan sarapan pagi. Chef Rozita mengepalai kakitangan dapur memasak bihun goreng. Selepas bersarapan, kami meneruskan aktiviti pertama hari itu dengan “Jungle Tracking” lagi. Kali ini, kami mendaki bukit yang bertentangan dengan bukit yang didaki semalam. Pendakian ini lebih mencabar kerana bukitnya lebih tinggi dan perlu menyeberangi sungai yang sangat dalam. Di sepanjang perjalanan, kami sempat mengutip khazanah alam yang bernilai seperti akar Tongkat Ali dan pokok Kacip Fatimah. Kami bergotong-royong mencabut akar Tongkat Ali yang sangat besar. Setelah setengah jam kami bermandikan peluh, barulah berjaya mencabutnya! Dalam perjalanan pulang, kami singgah di kaki bukit mengutip pucuk paku-pakis yang tumbuh meliar untuk menu makan tengahari. Menu hari kedua ialah pucuk paku goreng, ikan jaket goreng, ikan masin, ikan sardin masak sambal, ulam, sambal tempoyak, telur dadar dan air sirap. Selepas makan, aktiviti bebas: ada yang mandi sungai, bermain bola tampar di dalam sungai, memancing ikan dan ada juga yang tidak melepaskan peluang merehatkan badan.

Di sebelah petangnya, kami diajar oleh jurupandu tentang cara membuat perangkap (perangkap tikus dan tupai), menyumpit, membuat rakit dan masak nasi dalam buluh. Jelas di sini kemahiran dan kecekapan yang diwarisi daripada nenek moyang mereka masih lagi diguna pakai sehingga kini. Sambil menunggu nasi masak, ubi kayu dibakar dalam unggun api, rasanya enak sekali!

Malamnya selepas solat, acara kemuncak - ber“SEWANG” dimulakan. Kami diberi penerangan tentang maksud “SEWANG” agar tidak tersalah faham dengan tafsirannya yang sebenar. “SEWANG” mempunyai banyak jenis seperti “SEWANG” bersuka ria, kematian, perkahwinan dan sebagainya. Malam itu kami semua sangat gembira kerana dapat mempelajari tentang kehidupan Orang Asli yang sebenar. Selesai bersewang, ada yang duduk bercerita di unggun api dan ada juga yang tidur awal kerana keletihan.

Ahad

Kami bangun seawal pagi untuk bersiap sedia mengemas barang-barang sebelum bertolak balik ke Janda Baik. Barang makanan yang selebihnya didermakan kepada semua jurupandu kami. Banyak gambar kenangan manis dirakamkan semasa menunggu bot. Walaupun berat hati untuk meninggalkan tempat ini namun kami tetap bergembira untuk pulang ke rumah. Harapan kami suatu hari nanti, kami akan kembali lagi dengan aktiviti-aktiviti lain yang lebih mencabar.


2 comments:

atapakcek said...

salam

artikel yang baik.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.